Extract from “Demonstrasi Rakyat Bantah TPPA”

INI MUNGKIN LANGKAH TERAKHIR KAMI, DAN KAMI INGIN MELAKUKANNYA BERSAMA ANDA,RAKYAT MALAYSIA.
——————————————————————————-
Umum diketahui, sejak tahun 2013, Bantah TPPA telah lama menggerakkan pelbagai usaha dan langkah dan memberi pemahaman mengenai betapa terkesannya rakyat Malaysia terhadap Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA).

Bermula daripada pendedahan perjanjian penuh rahsia, sidang media yang tidak terkira, perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan (stakeholder) , penyerahan memorandum, sesi ceramah dan forum. permohonan semakan kehakiman di mahkamah, sehinggalah kepada beberapa demonstasi serta flashmob, yang tujuannya hanya satu, menolak TPPA daripada menghancurkan tanah air yang kita cintai.

Hasilnya, ramai pihak turut serta menyuarakan bantahan terhadap TPPA. Ahli akademik, kesatuan pekerja, pertubuhan perubatan, golongan profesional, pakar ekonomi, ahli parlimen, dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri turut menyatakan kebimbangan terhadap TPPA.

Namun, langkah yang kami lakukan ini dipandang enteng oleh pihak pemerintah negara. Segala pandangan dan kerisauan kami seolah-olah ditolak mentah-mentah.
Maka dengan itu, Bantah TPPA merasakan ini mungkin langkah terakhir kami bagi mengelakkan perjanjian ini terlaksana, dan kami sangat berharap ia dapat dilakukan bersama dengan anda, rakyat Malaysia.

23hb Januari ini, mari kita nyatakan bantahan kita kepada pihak pemerintah bahawa MALAYSIA tidak perlukan TPPA.

23hb Januari ini, mari kita nyatakan bahawa rakyat dari pelusuk MALAYSIA bersatu, berganding bahu membantah sebarang bentuk penjajahan alaf baharu.

23hb Januari ini, RAKYAT melaungkan isyarat bahawa MALAYSIA adalah Negara berdaulat, Negara yang kita cintai.

MAKA, kami menyeru semua rakyat, untuk turut serta pada 23hb Januari ini, kita berhimpin, kita laungkan bantahan terhadap TPPA. DI Dataran Merdeka, kita akan nyatakan bersama, BANTAH!! BANTAH!!, BANTAH!! TPPA!!.

Loading data

Welcome to TPP Debate!
What's your stance?

TPPDebate.org is a crowd-sourced platform to debate the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP). What does everyone think about the TPP? What is your stance?