Extract from “TPPA Memperdagangkan Hak-hak Asasi Manusia?”

APAKAH PERLINDUNGANNYA?

Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan penilaian kesan kepada hak asasi manusia meskipun seruan oleh pelbagai aktivis dan kumpulan masyarakat sivil termasuk Muhammad Sha’ani Abdullah, mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, untuk berbuat demikian.

MITI cuba meredakan kebimbangan kita dengan berkata bahawa TPPA hanyalah salah satu daripada pelbagai perjanjian bilateral dan perdagangan bebas yang telah ditandatangani oleh Malaysia. Tetapi mereka abai memberitahu bahawa skop pelaburan yang dilindungi yang boleh dikuatkuasa adalah jauh lebih luas berbanding mana-mana perjanjian perdagangan Malaysia sebelum ini dan bahawa AS, negara yang paling cenderung membuat tuntutan di dunia, buat kali pertama kini menjadi pihak pada perjanjian tersebut.

Selanjutnya, meskipun MITI cuba meyakinkan kita sebaliknya, “pelindungan” di dalam TPPA yang menyentuh bidang kesihatan, alam sekitar dan tenaga manusia tidak boleh dikuat kuasa. Ini bererti, sekiranya pelabur melakukan kesalahan dalam bidang-bidang tersebut, kerajaan kita tidak dapat memfailkan tuntutan terhadap mereka di bawah TPPA. Apa yang akan berlaku adalah situasi Renco yang tersebut di atas.

Tidak lupa juga, isu mengenai ‘Most Favoured Nation Clause’. Dikenali sebagai klausa ‘wipe out’, klausa ini membolehkan pelabur asing dari negara-negara TPP untuk membuat tuntutan terhadap Malaysia berdasarkan peruntukan ISDS dalam mana-mana urus niaga perdagangan lain yang ditandatangani oleh Malaysia, tidak kira negara mana yang memasuki perjanjian sedemikian dengan Malaysia. Jadi tidak kiralah jika TPPA dideraf dengan begitu pintar dan hati-hati, kita hanya akan dilindungi setakat perjanjian perdagangan paling mundur yang telah kita meterai.

Loading data

Welcome to TPP Debate!
What's your stance?

TPPDebate.org is a crowd-sourced platform to debate the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP). What does everyone think about the TPP? What is your stance?