Asas TPPA: Sinario (Bengkel oleh Sanya Reid Smith)

Bagaimana jika kita tidak sain? Bagaimana jika kita tidak mematuhi? Bagaimana jika kita mahu menarik diri? Dalam artikel ini kita menangani kebimbangan biasa didengar pada TPP dari perspektif Malaysia.

Siri ini dibawa kepada anda oleh TPPDebate.org berdasarkan sebuah taklimat baru-baru ini kepada NGO-NGO berkenaan Perkongsian Trans -Pasifik ( TPP ) di Malaysia oleh Cik Sanya Reid Smith. Cik Sanya Reid Smith adalah seorang pakar dalam perdagangan dan peraturan pelaburan . Beliau telah mengikuti dan memantau perkembangan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik ( TPPA) sejak tahun 2011 , dan juga adalah pakar rujuk Bantah TPPA Malaysia. Seluruh ceramah dimuat naik di YouTube dalam tujuh bahagian dan boleh dapati sini. Siri ini diterjemahkan dari versi Bahasa Inggeris. Indeks siri ini dilampirkan pada akhir artikel.

Kita punyai asas dan rujukan baik dalam perjanjian-perjanjian sedia ada, dan WTO

Satu perkara yang selalu kita dengar mengenai perjanjian TPP adalah bagaimana  perkongsian 12 negara dalam TPP akan beri kita akses kepada kelompok ekonomi yang besarnya adalah 40% daripada GDP sedunia; serta pasaran 800 juta penduduk, dan kita mesti berada di dalamnya untuk manafaat secara besar, kita perlu berada dalam pasaran. Tetapi ingat asas hari ini: kesemua 12 negara-negara TPP sudah ada dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di mana Amerika Syarikat tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif mereka di atas paras yang mereka terikat di WTO, walaupun pada produk-produk Malaysia, jika Malaysia tidak menandatangani TPP.

Amerika Syarikat dah terperangkap. Mereka tidak boleh naikkan tarif untuk menghukum Malaysia.. Dan kadar tarif dikunci (bawah WTO), secara purata, adalah 3 peratus di Amerika Syarikat. Ini adalah sudah agak rendah, kerana ingat, apabila anda ingin pergi ke tarif sifar (bawah TPP), kos-kos pematuhanan peraturan untuk undang-undang asal (rule of origin) dan lain-lain adalah lebihkurang 5 peratus.

Jadi, kesemua (12 negara TPP) sudah berada dalam WTO. Tambahlagi Malaysia sudah meterai perjanjian perdagangan bebas – dengan tarif yang rendah atau sifar – dengan semua negara-negara TPP kecuali empat (AS, Canada, Mexico dan Peru).

Daripada empat negara tersebut, Amerika Syarikat, sudah terikat dengan tarif purata (average bounded tariff) pada WTO yang rendah iaitu, 3 peratus, jadi tidak banyak perbezaan jika diturunkan kepada 0% pun bawah TPP. Kanada pula, punyai tarif terikat purata rendah di WTO sebanyak 6%.

Maka tinggal Mexico dan Peru. Jika benar-benar penting untuk mendapatkan produk-produk Malaysia diekspot ke Mexico dan Peru (dengan terma tarif yang lebih baik), maka adakanlah saja perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Mexico dan Peru, di mana kita hanya perlu enam bab mengenai menghapuskan tarif sahaja. Dan tak perlu bab-bab saperti harta intelek, ISDS dan perkara-perkara lain.

Kebanyakan negara di dunia tidak meterai FTA dengan Amerika Syarikat

Saya kira, dan saya dapati terdapat kira-kira enam puluh negara-negara yang telah memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat. Mereka selalu bermula dengan sikap sangat optimis. ‘Saya akan dapat tawaran yang baik, Perdana Menteri saya ialah rakan-rakan istimewa dengan Presiden Amerika Syarikat, dia pergi ke ladangnya untuk BBQ. Kita akan mendapat tawaran istimewa, ‘itulah yang Australia fikir untuk Perdana Menteri mereka.

Hakikatnya, dia cuma dapat tawaran sama seperti orang lain, teks yang sama, semua sama… kerana Amerika Syarikat sudah ada templat: “anda tandatangan di sini!”.

Jadi bagi banyak negara, selepas dua puluh lima pusingan rundingan, di mana mereka tidak dapat buat apa-apa perubahan bermakna pada template asal AS. Dan apabila mereka lihat versi terakhir, mereka berkata ‘you know what, ini tak sesuai dengan kepentingan negara saya, terima kasih, tapi tak payah, kami tidak akan tandatangan! ‘

40 daripada 60 negara membelakangi rundingan FTA dengan AS

Dan ini adalah apa terjadi pada Switzerland. Switzerland sedang berunding dengan AS untuk perjanjian perdagangan bebas(FTA), mereka kaji cadangan AS dan selepas dua tiga pusingan, mereka berkata kepada Amerika Syarikat: ‘Perlukah anda masukkan bab-bab mengenai harta intelek dan pertanian? AS berkata, “Kami mesti. Itu semua wajib bagi kami.” Switzerland kemudian berkata, “Kalau begitu, terima kasih banyak, tapi tak payahlah.. lebih baik kita teruskan persahabatan kita, tak payahlah perjanjian perdagangan bebas (FTA) ini. Kita boleh terus berdagang dengan satu sama lain di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana diantara kita semua sudah ada tarif yang rendah. Jom kita teruskan tanpa FTA ini”.

Jadi daripada enam puluh negara yang mula berunding dengan AS, hanya 20 tandatangan. Dua pertiga tolak, kerana ia tidak sesuai dengan mereka. Jadi majoriti tidak mulakan apa-apa rundingan langsung, dan dari semua yang berunding (60 negara), dua pertiga (40 negara) tidak menandatangani kerana cadangan (templat) AS itu dianggap begitu buruk untuk mereka. Hanya beberapa negara saja yang tandatangani, tidak banyak negara yang mampu menampung isi kehendak yang Amerika Syarikat berkeras mahukan.

Sinario kedua (kalau kita tidak mematuhi kontrak) dan sinario ketiga (kalau kita mahu menarik diri) akan diterjemahkan secepat mungkin. Pada masa ini, sila merujuk kepada versi Bahasa Inggeris.


Indeks Siri

Siri ini mengandungi 20 artikel mengenai TPP, dan boleh dibaca dalam apa-apa urutan. Siri ini adalah berterusan dengan pautannya ditambah dari masa kesemasa selari dengan pengemaskinian kandungan.

  • Muqadimmah
  • Asas TPPA
    • Sebelum menandatangani – proses rundingan
    • Selepas menandatangani – pengesahan dan proses pensijilan
    • Sinario – jika Malaysia tidak menandatangani, jika Malaysia melanggar perjanjian itu, jika Malaysia menarik diri dari TPPA (anda di sini)
    • Bab Pelaburan / Mekanisma Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (ISDS) – apa kesan pada negara
    • Cukai Eksport atas Barangan
    • Liberalisasi Sektor Perkhidmatan
  • Pihak-Pihak Berkepentingan TPPA
    • Pembayar-cukai dan Rakyat – yang akan menanggung kos dan gantirugi saman-menyaman terhapdap Malaysia
    • Pemilik Bisnes dan Pelabur – Pengusaha tempatan serta Pelabur Malaysia ke luar negara
    • Pelajar – Hak Milik Intelek dalam pendidikan
    • Pesakit-Pesakit – Hak Milik Intelek dalam Perubatan
    • Petani – Pertanian dan Sekutiti Makanan
  • Impak TPPA
    • Keatas Kedaulatan Negara – perlembagaan, undang-undang, penjajahan, ISDS
    • Keatas Tadbir-Urus – di pelbagai peringkat kerajaan (persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan), rasuah, pemisahan kuasa
    • Keatas Ekonomi – imbangan perdagangan, KDNK
    • Keatas alam sekitar – peraturan alam sekitar dan bab alam sekitar
    • Keatas masyarakat – hak asasi manusia, hak pekerja, hak kebersendirian (privacy)
  • Pelbagai Topik TPPA
    • Geopolitik – TPPA dan hubungan dengan China, TPPA sebagai alat geopolitik Amerika Syarikat
    • Dominasi Korporat Multinasional – pengaruh korporat pada dasar negara
    • Yarn Forward Rule – Tarif sifar tak semestinya ekspot meningkat

 

After reading this information...

Welcome to TPP Debate!
What's your stance?

TPPDebate.org is a crowd-sourced platform to debate the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP). What does everyone think about the TPP? What is your stance?